Tuesday, February 19, 2013

MASTER CHEF

Salam warga Seroja yang dikasihi. :)

Kini kembali lagi warga Seroja yang terdiri daripada pelajar professional dan diploma dengan jayanya bertapak dan menghuni Kolej Seroja yang indah ini. Haha Welcome home again selepas cuti panjang raya tahun cina.
Gong Xi Fa chai!

Kami Jawatankuasa Perwakilan Kolej telah pun menyediakan beberapa aktiviti untuk diisi oleh warga Seroja sekalian. Yang Pertamanya program julung-julung kalinya buat 4 tahun terdekat ini program Master Chef 2013 bakal disediakan pada hujung minggu ini.

Kami mencari bakat yang terpendam kini terserlah dalam bidang masakan. Tidak sah jikalau wanita tidak dikaitkan dengan bidang masakan bukan. Mari sama sama kita menghangatkan pertandingan tersebut pada hari Sabtu ini jam 9.00 pagi di Student Corner ( Sebelah CC ). semestinya kupon disediakan.

Dan tidak lupa juga, Semestinya juri kita terdiri daripada chef professional & berpengalaman. Hadiah wang tunai menanti para peserta dan jumlah tertinggi sebanya RM 200 tunai bakal diberikan kepada pemenang.Silalah rebut angpau tersebut. Masuk jangan tak masuk!

Terdapat 10 kumpulan yang akan bertanding dan Setiap kumpulan  terdapat 2 orang. Para penonton juga disajikan dengan pelbagai kuiz bersertakan hadiah yang menarik . Makanan disediakan bagi yang terawal :)




Sekian, salam :D

Thursday, January 17, 2013

BACAAN YASSIN PERDANA 2013

Salam ukhuwah puteri seroja yang manis,

Biarlah gambar pula yang berbicara.



Pada Hari ini telah berlangsungnya Program Sahabat Surau," Bacaan Yassin Perdana", merupakan satu program kelab dalaman ( Sahabat Surau ) atau dipanggil SIG iaitu Special Interest Group di bawah naungan JPK Seroja 2012/2013. Alhamdulillah sebagai pembukaan 2013 sama-samalah memohon keberkataan agar kehidupan kita sentiasa diberkati & diredhai oleh Allah S.W.T . Program ini diwajibkan kepada semua penghuni Seroja yang masih menetap di teratak ini iaitu diploma & professional. Makanan & kupon disediakan seperti biasa :)

Sekian. Salam sayang.


Santai Untuk Hari ini pula :

Resepi Kek KEIMANAN adalah→1 kali kalimah SYAHADAH→5 cawan SOLAT sehari→ 30 sudu PUASA dibulan ramadhan→ Secubit ZAKAT untuk fakir miskin

Tuesday, January 15, 2013

WAYANG PACAK: ISTANBUL AKU DATANG

Salam Sejahtera kepada semual penghuni Seroja yang comel lote.

Semoga semuanya sejahtera kehendakNya dan sentiasa segar megar duduk di Seroja yang indah ini. Welcome Home to all Professional's students either CAT or ACCA. Selamat kembali ke rumahmu semula di Seroja 3. Tahniah kepada yang dapat & layak untuk menduduki kolej. kepada yang tidak bernasib baik. In Sha Allah ada hikmah disebaliknya, Kita hanya mampu merancang & hanya Tuhan yang menentukan perancangan itu samada menjadi sempurna, cacat cela, atau binasa.

You should NEVER regret anything in life. If it’s good, it’s wonderful. If it’s bad, it’s experience. Never give up. Great things take time. In Sha Allah. Amin.

0h, pembukaan 2013 dimulai dengan 2 progam warming-friendly . Yang pertamanya semestinya ialah program wajib kolej iaitu PERJUMPAAN PERDANA PELAJAR PROFESSIONAL & DIPLOMA yang telah berlangsung pada 15 Januari 2013 ( Selasa ) pada pukul 8.00 malam di Dewan Serbaguna 2. Dihadiri oleh Barisan Pengurusan Staf Kolej Seroja & Barisan Pembangunan pelajar, Barisan JPK 2012/2013, wakil Polis Bantuan,  & wakil Unit Fasiliti.

Dan yang keduanya seperti yang tertera di papan kenyataan Seroja, maka berlangsunglah wayang pacak julung kalinya pada tahun 2013 ini, Program ini merupakan aktiviti bulanan untuk para penghuni Seroja . " INSTANBUL AKU DATANG "


Wayang pacak ini bertempat Di Dewan Serbaguna Seroja 2, pada pukul 8.00 malam. Harga tiket macam biasalah cuma RM 1.00 sahaja. Kupon aktiviti akan disediakan & gerai jualan akan dibuka seperti biasa . Selamat menonton ya :)


Pedoman untuk hari ini :

Leave something for Allah but never leave Allah for something. In life, something will leave you but Allah will always be there for you

Tuesday, January 1, 2013

HAPPY NEW YEAR :)

Assalamualaikum warahmatullah :)

Alhamdulillah, tepat pada muka baru kita iaitu 1 januari 2013, saya mencoretkan lagi sedikit bingkisan untuk semua warga Seroja. Menarik sungguh rasanya apabila kita bertambah umur, mungkin bertambah tua 'sedikit' & mudah mudahan bertambah iman dan amal sentiasa istiqamah ke jalanNya.. Diharapkan kita mampu merubah diri ini & yang lain lebih baik daripada sebelumnya dan janganlah berdiri di takuk yang lama :) . Sedikit gambar mencoret kan rasa.


HAPPY NEW YEAR !
adakah anda berasa betul-betul 'happy' menyambut ketibaan tahun baru ini ? tepuk dada tanya selera


Coretan bagi mereka yang sedang menghadapi stress & tension : Buat pelajar degree sudah semestinya menghadapi sedikit atau terlalu banyak dugaan yang melanda dalam menghadapi 'hari-hari yg stress' dan bertungkus lumus dalam menyiapkan diri untuk bertemu dengan final paper & assignment yang tidak menentu. Belajar terus Belajar. Janganlah mengalah. Chaiyok sokmo deh . Walau bagaimanapun tension dan stress anda meningkat dari hari ke hari , jangan lupa bergantung pada Pencipta kita. Usaha, Doa & Tawakkal ok. Cakap dan tulis memang mudah bukan. Moga kita buktikan dengan perbuatan :)


p/s: Jangan lupa menghantar kad aktiviti anda seperti tarikh yang telah ditetapkan di Pejabat Seroja. Sebelum meninggalkan bilik anda, pastikan bersih seperti sedia kala bagi mengelakkan nama di 'blacklist' untuk sem hadapan. Sebarang masalah sila berhubung di pejabat seroja berkaitan penempatan bilik di Seroja :) kami dari pihak jpk seroja memohon maaf diatas sebarang kesilapan jika pernah dilakukan. Tiada yang sempurna melaikan Allah. Terima Kasih.

Kolej Kediaman Seroja
Universiti teknologi MARA
40450 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

TEL: (+603) 55443553/3563/3550
FAKS: (+603) 55443552


Sunday, December 2, 2012

WAYANG PACAK III :D

Salam warga Seroja . moga dirahmatiNya selalu :D

Selesai sudah program besar-besaran yang lepas, iaitu LETS MAKE A MOVE &  program kelab dalaman .MY LENS II , dengan ini kami mengambil sedikit inisiatif mengadakan satu lagi program bagi menampung keperluan kupon bagi mereka yang tidak cukup-cukup lagi untuk dihantar ke pejabat bagi mendapatkan kolej sem hadapan.

Amaran bagi semua ya, pemilihan penduduk mahupun penghuni kolej amatlah strict atau dalam bahasa melayu sangatlah ketat dari tahun ke tahun. memandangkan pihak kolej dikehendaki mendahulukan pelajar sem 1 dan menwajibkan mereka mendapat kolej. Moga anda semua berjaya  :D In Sha Allah boleh punyaa. Chaiyook.

Dan begitulah kami tampilkan hiburan untuk anda di musim Exam Final & Assigement-yang-banyak-teramat dan sebagainya. Terimalah. DR SEUSS' THE LORAX


Selepas ini, mungkin ada Program Sahabat Surau mahupun Seroja Adventure Team mengiringi. Silalah rujuk di papan kenyataan yaaaaaa :D

*Kupon aktiviti disediakan, pembelian tiket wayang pacak bermula jam 8.00 malam pada hari kejadian :D bertempat di Dewan Serbaguna Seroja 2.

Ikhlas dari kami, : JPK 2012/2013

                                                                                                             daripada: IDII

Monday, November 19, 2012

MY LENS II ( INDOOR ) PS3

Assalamualaikum warga hawa Seroja,

BERITA SENSASI : tidak ketinggalan kami mempersembahkan sebuah lagi program anjuran Seroja Photographer Team dengan kerjasama JPK Seroja. KAMI menawarkan program My Lens II  versi Indoor iaitu pembelajaran Adobe Photoshop kepada mereka yang berminat!



Tawaran percuma ini dibuka kepada Ahli Seroja Photographer Team dan kepada semua warga seroja, program ni akan diadakan di Level 5, Menara Saas. Pada jam 8.00 pagi. Pendaftaran akan dibuka pada 8.00 pagi  hadapan pejabat Seroja.

Butiran : Macam biaselah, makanan dan kupon disediakan. yang menariknya sijil penyertaaan juga disediakan! lumayan tu ! Para pengajarnya pula adalah mereka yang berkelulusan profesional dan bukan calang-calang orangnya. 'Abang-abang' tersebut malahan pernah menjadi bekas penuntut Uitm ini juga :D .Anda juga ditawarkan hadiah bagi pemenang pertandingan semasa hari tersebut. 

JIka berminat semuanya boleh dirujuk di papan kenyataan di hadapan office. Sila daftarkan diri anda disana :D

mutiara kata hari ini :

"Do'a adalah senjata seorang mukmin dan tiang (pilar) agama serta cahaya langit dan bumi." (HR. Abu Ya'la)

                                                                                                                                                    oleh: IDII

LET'S MAKE A MOVE

Salam sejahtera semua puteri Seroja serta warga UITM. Salam Ukhuwah.

Pertamanya maaf dipinta andai blog ini sunyi sepi mungkin selama 1 minggu rasanya, ini adalah kerana jadual yang tidak menentu dan semestinya  kebanyakkan kami sedang menghadapi final exam, namun di sini jua kita bertemu & bertaut kembali.

Program Tergempar : Kini Seroja akan menggegarkan anda semua dengan Satu program yang melibatkan kolabrasi yang begitu besar, iaitu TAHA, Persatuan Mahasiswa Hadhari,Exco Kerohanian Setiap Kolej, Sahabat Surau Seroja dan semestinya dengan kerjasama JPK Kolej Seroja itu sendiri. Program ini diadakan bersempena sambutan Maal Hijrah dan diadakan selama 3 hari berturut-turut.

Masa Silam : Ingatkah anda pada semester lepas turut diadakan sebegini rupa selama 3 hari dan  dinamakan Turn IT Up, ingatkah anda kepada bekas Kumpulan V. E (Lan ), Innuendo yang dinamakan Al-Mawlid ?. Mereka salah satunya yang membuat persembahan pada semester lepas. serta pelbagai input yang menarik. Bagi mereka yang tidak mengetahui bolehlah anda melibatkan diri pada sem kali  ini! semestinya amat menarik.

Kini kami tampilkan anda dengan pelbagai aktiviti menarik selama 3 hari ini. Progam ini dinamakan LET"S MAKE A MOVE. Berkonsepkan penghijrahan kearah yang lebih baik dan memberi manfaat dan pedoman bagaimana dan kenapa kita harus berhijrah dari sesuatu ke sesuatu yang lain.


Serba sedikit detail program ini adalah seperti berikut :
20 NOVEMBER 2012- GEMA JIWA : RESONANCE OF PURE SOUL
                              - TEMPAT : DATARAN KOLEJ SEROJA
                              - JAM 8.00 MALAM
                              -JEMPUTAN :AL-FARABI BAND, QASIDAH, NAZREY JOHANI(RAIHAN)
21 NOVEMBER 2012- AKU PENGEMIS CINTA
                              - TEMPAT : DATARAN KOLEJ SEROJA
                              - JAM 8.00 MALAM
                              - JEMPUTAN : DIANA AMIR, KUMP NASYID FAREZEN
22 NOVEMBER 2012- MOTIVASI HIJRAH
                              - TEMPAT : PUSAT ISLAM, MASJID TUNKU MIZAN
                              - JAM : 8.00 MALAM
                              - JEMPUTAN : USTAZ AMIN IDRIS

*Input yang double-triple menarik akan disajikan untuk anda sepanjang tiga hari ini, dan bakal mencoretkan satu pedoman yang dapat dicontohi buat kita semua. semestinya kupon aktiviti akan disediakan
*Tawaran panas ini terbuka kepada semua warga Uitm tidak kira kaum adam mahupun hawa. Semoga segala berkat usaha kita diberkatiNya di dunia dan akhirat. Jom turun beramai-ramai :D . wassalam

mutiara kata hari ini:
"Di dalam hati, ada sebuah ruang kosong & kering yang tidak dapat ditutup, kecuali dgn zikir kepada Allah SWT." (Ibnul Qayyim)
                                                                                                                  oleh: IDII