Tuesday, February 19, 2013

MASTER CHEF

Salam warga Seroja yang dikasihi. :)

Kini kembali lagi warga Seroja yang terdiri daripada pelajar professional dan diploma dengan jayanya bertapak dan menghuni Kolej Seroja yang indah ini. Haha Welcome home again selepas cuti panjang raya tahun cina.
Gong Xi Fa chai!

Kami Jawatankuasa Perwakilan Kolej telah pun menyediakan beberapa aktiviti untuk diisi oleh warga Seroja sekalian. Yang Pertamanya program julung-julung kalinya buat 4 tahun terdekat ini program Master Chef 2013 bakal disediakan pada hujung minggu ini.

Kami mencari bakat yang terpendam kini terserlah dalam bidang masakan. Tidak sah jikalau wanita tidak dikaitkan dengan bidang masakan bukan. Mari sama sama kita menghangatkan pertandingan tersebut pada hari Sabtu ini jam 9.00 pagi di Student Corner ( Sebelah CC ). semestinya kupon disediakan.

Dan tidak lupa juga, Semestinya juri kita terdiri daripada chef professional & berpengalaman. Hadiah wang tunai menanti para peserta dan jumlah tertinggi sebanya RM 200 tunai bakal diberikan kepada pemenang.Silalah rebut angpau tersebut. Masuk jangan tak masuk!

Terdapat 10 kumpulan yang akan bertanding dan Setiap kumpulan  terdapat 2 orang. Para penonton juga disajikan dengan pelbagai kuiz bersertakan hadiah yang menarik . Makanan disediakan bagi yang terawal :)




Sekian, salam :D

No comments:

Post a Comment