Monday, November 19, 2012

LET'S MAKE A MOVE

Salam sejahtera semua puteri Seroja serta warga UITM. Salam Ukhuwah.

Pertamanya maaf dipinta andai blog ini sunyi sepi mungkin selama 1 minggu rasanya, ini adalah kerana jadual yang tidak menentu dan semestinya  kebanyakkan kami sedang menghadapi final exam, namun di sini jua kita bertemu & bertaut kembali.

Program Tergempar : Kini Seroja akan menggegarkan anda semua dengan Satu program yang melibatkan kolabrasi yang begitu besar, iaitu TAHA, Persatuan Mahasiswa Hadhari,Exco Kerohanian Setiap Kolej, Sahabat Surau Seroja dan semestinya dengan kerjasama JPK Kolej Seroja itu sendiri. Program ini diadakan bersempena sambutan Maal Hijrah dan diadakan selama 3 hari berturut-turut.

Masa Silam : Ingatkah anda pada semester lepas turut diadakan sebegini rupa selama 3 hari dan  dinamakan Turn IT Up, ingatkah anda kepada bekas Kumpulan V. E (Lan ), Innuendo yang dinamakan Al-Mawlid ?. Mereka salah satunya yang membuat persembahan pada semester lepas. serta pelbagai input yang menarik. Bagi mereka yang tidak mengetahui bolehlah anda melibatkan diri pada sem kali  ini! semestinya amat menarik.

Kini kami tampilkan anda dengan pelbagai aktiviti menarik selama 3 hari ini. Progam ini dinamakan LET"S MAKE A MOVE. Berkonsepkan penghijrahan kearah yang lebih baik dan memberi manfaat dan pedoman bagaimana dan kenapa kita harus berhijrah dari sesuatu ke sesuatu yang lain.


Serba sedikit detail program ini adalah seperti berikut :
20 NOVEMBER 2012- GEMA JIWA : RESONANCE OF PURE SOUL
                              - TEMPAT : DATARAN KOLEJ SEROJA
                              - JAM 8.00 MALAM
                              -JEMPUTAN :AL-FARABI BAND, QASIDAH, NAZREY JOHANI(RAIHAN)
21 NOVEMBER 2012- AKU PENGEMIS CINTA
                              - TEMPAT : DATARAN KOLEJ SEROJA
                              - JAM 8.00 MALAM
                              - JEMPUTAN : DIANA AMIR, KUMP NASYID FAREZEN
22 NOVEMBER 2012- MOTIVASI HIJRAH
                              - TEMPAT : PUSAT ISLAM, MASJID TUNKU MIZAN
                              - JAM : 8.00 MALAM
                              - JEMPUTAN : USTAZ AMIN IDRIS

*Input yang double-triple menarik akan disajikan untuk anda sepanjang tiga hari ini, dan bakal mencoretkan satu pedoman yang dapat dicontohi buat kita semua. semestinya kupon aktiviti akan disediakan
*Tawaran panas ini terbuka kepada semua warga Uitm tidak kira kaum adam mahupun hawa. Semoga segala berkat usaha kita diberkatiNya di dunia dan akhirat. Jom turun beramai-ramai :D . wassalam

mutiara kata hari ini:
"Di dalam hati, ada sebuah ruang kosong & kering yang tidak dapat ditutup, kecuali dgn zikir kepada Allah SWT." (Ibnul Qayyim)
                                                                                                                  oleh: IDII

No comments:

Post a Comment