Saturday, November 3, 2012

MY LENS II

Salam satu Seroja,
Semoga semua sihat-sihat belaka di dalam khatulistiwa yang hujan-mendung belaka.

Yang pertama sudah, yang kedua sudah, yang ketiga pun sudah, tibalah pula giliran yang keempat pula ya. Seperti yang telah dijanjikan, terdapat empat program berlangsung pada minggu ini, kali ini yang keempat merupakan program anjuran Jawatankuasa Perwakilan Pelajar 2012/2013 dengan kerjasama Seroja Photographer Team. Satu kelab dalaman yang dikenali sebagai SIG, bukan sang indah gergasi atau si intan garang dan sebagainya, namun ia adalah singkatan bagi Special Interest Group yang ada di dalam Seroja ini sendiri.

SPT selalunya akan dikaitkan dengan photography atau penggunaan kamera DSLR. Jadi, disini kami menawarkan sesi pembelajaran penggunaan DSLR dengan lebih meluas dan mendalam terutamanya bagi ahli kelab sendiri mahupun kepada pelajar yang berminat. Bolehlah anda yang amat mahir berkongsi pengalaman dengan mereka yang kurang mahir, Segalanya bermula disini.....


MY LENS II : Sesi pembelajaran bakal diajar oleh photographer yang bertauliah di lokasi berhampiran di tasik Putrajaya .Sesi pagi adalah sesi pengajaran dan pembelajaran, manakala petang pula ialah pertandingan photography!.Tempat adalah terhad seramai 35 orang sahaja!. Anda dikehendaki menulis nama seperti biasa di papan kenyataan di hadapan office. Anda DIWAJIBKAN membawa kamera DSLR setiap seorang (had: 2 orang satu kamera pon ok lah! )

*macam biaselah, kupon & bas & makanan disediakan :D . Jom terjah Putrajaya beramai-ramai. !

No comments:

Post a Comment