Friday, November 2, 2012

FLECHA CHALLENGE (SIRI I)

Assalamualaikum.. dan salam sejahtera semua puteri Seroja yang maniss,

Alhamdulillah pada ketika ini (12:30 pm) , pancaran matahari masih lagi kelihatan.
*jadi , yang agak-agak dah banyak baju dalam bakul tu , cepat-cepatlah pergi  basuh... hehehe..

Kali ini , saya sebagai penyewa tanah ini , ingin menguar-uarkan program yang ketiga pada minggu ini, yang bakal berlangsung selepas program Wayang Pacak dan Demo Perlindungan Diri , iaitu..



FLECHA CHALLENGE 2012: Pertandingan memanah ini akan berlangsung pada 10 NOVEMBER 2012 pada jam 8.00pagi sehingga 6.00 petang (*akan tetapi kalau habis awal,maka balik awallah)
sesi pagi (8.00-12.30) : adalah untuk para peserta sahaja yang bakal bertanding pada sesi petang bersama jurulatih khas..(*tetapi jikalau ada sesiapa yang hendak datang tengok sesi latihan & memberi sokongan pun tiada masalah cuma tiada kuponlah di waktu pagi)

sesi petang pula (2.00-6.00) : adalah terbuka kepada semua penghuni kolej Seroja untuk memberi sokongan kepada rakan-rakan yang mengambil bahagian.kupon aktiviti disediakan. turunlah pada masa yang ditetapkan kerana kaunter pendaftaran akan dibuka pd jam 2.00 pm dan ditutup pd jam 2.30 pm :) *jom semua segerombolan turun*

PENTING : Pertandingan memanah akan menjadi simbolik sukan bagi kolej seroja bermula saat dan ketika ini sehinggalah seterusnya. Kami ingin melahirkan pelajar yang mahir dalam bidang ini. Pertandingan ini juga adalah untuk mencari peserta terbaik bagi MEWAKILI KOLEJ SEROJA dalam Flecha Challenge siri II , yang mana akan berentap dengan wakil dari kolej-kolej lain. Jadi , apa tunggu lagi... bagi yang berminat , sila isi butiran anda di kertas pendaftaran yang di tampal di papan kenyataan ruangan JPK ..hanya 70 orang diperlukan!

So , What are you waiting for darling ?? come and  join us !!

No comments:

Post a Comment