Thursday, November 1, 2012

WAYANG PACAK II & DEMO PERLINDUNGAN DIRI

Salam sejahtera semuanya

Alhamdulillah, diberi kesempatan menulis lagi, cuaca Kolej Seroja amatlah sejuk beku belaka akibat hujan yang sering membasahi kawasan Shah Alam ini. Kadangkala banjir dan demam demam jugak dibuatnya. Kalau anda sudah pulang, seperti di Australia pula.

Hah apa khabar mereka yang sedang bercuti sakan di kampung sana? Syok sakan nampak.
Nampaknya lagi dua tiga empat hari mereka akan pulang juga ke mahligai indah ini demi meneruskan tugas hakiki sebagai seorang mahasiswa UITM . Please welcome back again. hihi. :D

PROGRAM : Pihak kami ( JPK 2012/2013 ) telah pun bersedia dengan kepulangan anda dan membawa pelbagai program menarik sejurus anda pulang. BAHKAN, terdapat 4 PROGRAM yang bakal dijalankan sahaja pada minggu ini. Amboi banyak sungguh program nya. cepat-cepatlah kumpul. Fighting-fighting ! *belum termasuk program Sahabat Surau*

PENTING : untuk makluman pada bulan November merupakan bulan penghabisan program.Anda  warga seroja amatlah digalakkan untuk mengumpul kupon kupon titisan yang terakhir. Ini adalah kerana pada bulan 12 adalah musim exam dan study week bagi pelajar professional dan musim assigement yang tak sudah sudah bagi degree.(bulan paling busy). Mungkin ada program bulan 12, namun hanyalah seciput dua ciput tiga ciput sahaja. Semestinya anda tahu trend Kolej terkini hendaklah mengumpul kupon sebanyak mungkin akibat pelajar baru (sem 1 )wajib mendapat kolej, dan anda pelajar lama hendaklah berlawan sesama sendiri mendapat Kolej sem berikutnya dengan hanya mengumpul kupon :D

okeyh jadi mari lihat dahulu 2 PROGRAM TERAWAL sejurus anda anda dan anda masuk :



WAYANG PACAK : Pembelian tiket dibuka pada Hari Ahad ( 4hb / 11/2012) pada jam 10.00 malam) dan pada hari kejadian wayang pacak iaitu: (pada jam 8.00 malam ) Ini bukanlah Korea harap maklum! :D  Gerai jualan  turut dibuka.



DEMO PERLINDUNGAN DIRI : Khas bagi kaum hawa bagi melindungi diri anda dari ancaman di luar sana.Program besar melibatkan wakil kaum hawa daripada Kolej lain seperti Kolej Anggerik, Kolej Teratai, Kolej Mawar, Kolej Melati & Kolej Delima. Mereka yang mempelajari ilmu ini dan menunjukkan skill yang hebat & bersungguh akan dipilih serta mendapat hadiah di akhir program! The Best Woman Win.

Lagi DUA PROGRAM kemudian entry ya!  Selamat ber-program! wassalam.

No comments:

Post a Comment