Thursday, January 17, 2013

BACAAN YASSIN PERDANA 2013

Salam ukhuwah puteri seroja yang manis,

Biarlah gambar pula yang berbicara.



Pada Hari ini telah berlangsungnya Program Sahabat Surau," Bacaan Yassin Perdana", merupakan satu program kelab dalaman ( Sahabat Surau ) atau dipanggil SIG iaitu Special Interest Group di bawah naungan JPK Seroja 2012/2013. Alhamdulillah sebagai pembukaan 2013 sama-samalah memohon keberkataan agar kehidupan kita sentiasa diberkati & diredhai oleh Allah S.W.T . Program ini diwajibkan kepada semua penghuni Seroja yang masih menetap di teratak ini iaitu diploma & professional. Makanan & kupon disediakan seperti biasa :)

Sekian. Salam sayang.


Santai Untuk Hari ini pula :

Resepi Kek KEIMANAN adalah→1 kali kalimah SYAHADAH→5 cawan SOLAT sehari→ 30 sudu PUASA dibulan ramadhan→ Secubit ZAKAT untuk fakir miskin

Tuesday, January 15, 2013

WAYANG PACAK: ISTANBUL AKU DATANG

Salam Sejahtera kepada semual penghuni Seroja yang comel lote.

Semoga semuanya sejahtera kehendakNya dan sentiasa segar megar duduk di Seroja yang indah ini. Welcome Home to all Professional's students either CAT or ACCA. Selamat kembali ke rumahmu semula di Seroja 3. Tahniah kepada yang dapat & layak untuk menduduki kolej. kepada yang tidak bernasib baik. In Sha Allah ada hikmah disebaliknya, Kita hanya mampu merancang & hanya Tuhan yang menentukan perancangan itu samada menjadi sempurna, cacat cela, atau binasa.

You should NEVER regret anything in life. If it’s good, it’s wonderful. If it’s bad, it’s experience. Never give up. Great things take time. In Sha Allah. Amin.

0h, pembukaan 2013 dimulai dengan 2 progam warming-friendly . Yang pertamanya semestinya ialah program wajib kolej iaitu PERJUMPAAN PERDANA PELAJAR PROFESSIONAL & DIPLOMA yang telah berlangsung pada 15 Januari 2013 ( Selasa ) pada pukul 8.00 malam di Dewan Serbaguna 2. Dihadiri oleh Barisan Pengurusan Staf Kolej Seroja & Barisan Pembangunan pelajar, Barisan JPK 2012/2013, wakil Polis Bantuan,  & wakil Unit Fasiliti.

Dan yang keduanya seperti yang tertera di papan kenyataan Seroja, maka berlangsunglah wayang pacak julung kalinya pada tahun 2013 ini, Program ini merupakan aktiviti bulanan untuk para penghuni Seroja . " INSTANBUL AKU DATANG "


Wayang pacak ini bertempat Di Dewan Serbaguna Seroja 2, pada pukul 8.00 malam. Harga tiket macam biasalah cuma RM 1.00 sahaja. Kupon aktiviti akan disediakan & gerai jualan akan dibuka seperti biasa . Selamat menonton ya :)


Pedoman untuk hari ini :

Leave something for Allah but never leave Allah for something. In life, something will leave you but Allah will always be there for you

Tuesday, January 1, 2013

HAPPY NEW YEAR :)

Assalamualaikum warahmatullah :)

Alhamdulillah, tepat pada muka baru kita iaitu 1 januari 2013, saya mencoretkan lagi sedikit bingkisan untuk semua warga Seroja. Menarik sungguh rasanya apabila kita bertambah umur, mungkin bertambah tua 'sedikit' & mudah mudahan bertambah iman dan amal sentiasa istiqamah ke jalanNya.. Diharapkan kita mampu merubah diri ini & yang lain lebih baik daripada sebelumnya dan janganlah berdiri di takuk yang lama :) . Sedikit gambar mencoret kan rasa.


HAPPY NEW YEAR !
adakah anda berasa betul-betul 'happy' menyambut ketibaan tahun baru ini ? tepuk dada tanya selera


Coretan bagi mereka yang sedang menghadapi stress & tension : Buat pelajar degree sudah semestinya menghadapi sedikit atau terlalu banyak dugaan yang melanda dalam menghadapi 'hari-hari yg stress' dan bertungkus lumus dalam menyiapkan diri untuk bertemu dengan final paper & assignment yang tidak menentu. Belajar terus Belajar. Janganlah mengalah. Chaiyok sokmo deh . Walau bagaimanapun tension dan stress anda meningkat dari hari ke hari , jangan lupa bergantung pada Pencipta kita. Usaha, Doa & Tawakkal ok. Cakap dan tulis memang mudah bukan. Moga kita buktikan dengan perbuatan :)


p/s: Jangan lupa menghantar kad aktiviti anda seperti tarikh yang telah ditetapkan di Pejabat Seroja. Sebelum meninggalkan bilik anda, pastikan bersih seperti sedia kala bagi mengelakkan nama di 'blacklist' untuk sem hadapan. Sebarang masalah sila berhubung di pejabat seroja berkaitan penempatan bilik di Seroja :) kami dari pihak jpk seroja memohon maaf diatas sebarang kesilapan jika pernah dilakukan. Tiada yang sempurna melaikan Allah. Terima Kasih.

Kolej Kediaman Seroja
Universiti teknologi MARA
40450 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

TEL: (+603) 55443553/3563/3550
FAKS: (+603) 55443552