Wednesday, October 24, 2012

Salam Aidiladha puteri Seroja !

Assalamualaikum puteri warga Seroja,

' ketika saat itu, seorang demi seorang mula berjalan mengikut rentak alunan kaki, menggalas beg besar dengan membawa harapan tinggi untuk kembali, penuh semangat diatur langkah demi langkah, menapak di bumi yang nyata dan berlalu pergi meninggalkan Kolej tercinta, niat di hati cuma ingin berjumpa kekasih hati , siapa lagi kalau bukan permata hati bonda dan ayahanda, kembali ke halaman tercinta, untuk meraikan hari yang bahagia'

' sejak hari rabu berikut, halaman dan laluan kaki kelihatan lengang teramat sepi, tiada intonasi kesibukan dan keriuhan melanda. warga Seroja mula menghilangkan diri buat seketika, hanya alunan angin sepoi-sepoi bahasa, menjamah setiap sudut ruang Kolej Seroja, pergilah warga seroja menyambut Hari Bahagia, demi mengingati pergorbanan
Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah SWT.'

Salam Aidiladha buat semua. warga Uitm Shah Alam. Selamat menikmati kerehatan buat seketika bersama keluarga tercinta. :D



*berhati-hatilah memandu, ingatlah kolej tersayang memerlukan anda. :p
wassalam.                                                                                                                               daripada:
                                                                                                                             IDII

Thursday, October 18, 2012

AKC 2012

Salam Ukhwah semua.
short entry for today.. :D

Untuk makluman puteri Seroja,
pada 20 oktober 2012 akan diadakan AKC 2012 di Dewan Sri Budiman pada jam 8.00 pagi
Mesti semua orang tertanya-tanya, apa itu AKC??
AKC merupakan mneumonic kepada Anugerah Kolej Cemerlang..
Pada setiap tahun akan diadakan satu kali AKC, suatu pertandingan antara kolej-kolej yang berada di Uitm Shah Alam ini, kami dikehendaki membuat presantation dan menyediakan dokumentasi dalam pelbagai aspek tentang kolej masing masing. berlawan dengan kolej lain yang hebat cukuplah mendebarkan ibarat 'saat aku terima nikahnya' *maaaf   :D
Oh ! dulu kolej kita berjaya mendapat no. 3 tau dalam keseluruhan!  tahniah.

Untuk pengetahuan pembaca semua,
kami Jawatankuasa Perwakilan Kolej Seroja 2012/ 2013
telah bertungkus-lumus berkampung untuk merangkul kemenangan bagi AKC , INSYAALLAH
Kami mengharapkan pembaca-pembaca mendoakan kejayaan kami demi Kolej Seroja yang tercinta
AMIN :)


Oh lupa pula, pada hari masa dan tarikh tersebut, kami memerlukan 30 orang bagi menjadi penyokong kolej masing-masing, senarai nama telahpun kami tampal dan jpk yang bertugas untuk dihubungi.
paling best apabila ada makanan, KUPON KHAS disediakan :P
DOAKAN TERBAIK UNTUK KAMI! Amin
edit by:
AinaSyazana

diolah semula:
IDII

Wednesday, October 17, 2012

SenamTari K-Pop (2)

Assalamualaikum puteri seroja yang dikasihi..
okey, hari ini pihak kami (JPK) hendak merumuskan mengenai program semalam.

Alhamdulillah program semalam berjalan lancar..yeay. terima kasih kepada mereka yang sudi hadir..tidak disangka-sangka , penuh juga dewan Serbaguna tu..
Pihak kami lagi terharu apabila para pelajar professional turut turun padang
walaupun ada exam esok harinya..insyallah kalian akan mencapai kejayaan dalam peperiksaan,amiin...

Sekarang , jom saksikan gelagat-gelagat puteri-puteri seroja di Korea (*Korea ke??!!)


instructor yang bersemangat! kak hidayah(grey) dan kak syuhada(pink)
bersama pengarah program : najuaa



tunduk lagi tunduk lagi..



angkat tangan goyang goyang goyang...(*eh,bukan lagu tu lah)


khusyuk sungguh nak tengok pergerakan instructor tu..dongak lagi..


wah,,nampak gembira sahaja ya,, tarik ke depan baru tahu.. :)


ala-ala tarian zapin pula dibuatnya... XP


Semoga aktiviti ini memberi impak positif dalam diri masing-masing..
Pihak kami memohon maaf andai ada kekurangan sepanjang program berlangsung..Insyallah , kami akan cuba untuk membuat penambahbaikan pada sesi ke-2 kelak (*persoalannya,,masih mahu ke??)

p/s :: sekiranya ada sebarang masalah mengenai entry ini, sila berhubung dengan mana-mana JPK.

                                                                                                                                      diolah semula:
                                                                                                                         IDII

Monday, October 15, 2012

Senam Tari K-Pop

Salam..
안녕  puteri SEROJA!! (n_n)

entry hari nak menguar-uarkan mengenai aktivit kolej 
yang bakal berlangsung pada esok hari (16 oktober 2012)..
mesti tak sabarkan ?? 

butir-butir adalah seperti berikut :

aktiviti ini bukan bertujuan untuk hiburan semata-mata ya...
Selain dapat menyihatkan tubuh , aktiviti ini juga dapat membuatkan para pelajar berhibur setelah penat mengulang kaji pelajaran..

Pihak kami juga ada menjemput jurulatih luar untuk mengetuai senam tari ini,,
jadi,jangan risau , bukan dibuat suka-suka..
TIADA KAUM ADAM yang dijemput... (*untuk pengetahuanlah ^^)

Kami berharap agar puteri-puteri Kolej Seroja dapat memeriahkan lagi aktiviti ini..


Disediakan oleh:


Thursday, October 11, 2012

JPK Seroja 2012/2013

salam
selamat tengahari pula, moga semua baik baik sahaja.

Sekarang tibalah masanya anda mengenali barisan Jawatankuasa Perwakilan Kolej Seroja 2012/2013 yang terbaru. Mereka merupakan tunggak belakang dalam menjalankan program yang bakal dianjurkan di dalam Kolej Seroja ini. Dalam erti kata yang mudah, mereka menyediakan pelbagai program yang menarik serta memberi anda kupon untuk mendapatkan kolej sem hadapan!.

Kupon-kupon juga ya, ilmu pengetahuan dan input yang menarik amatlah dititikberatkan juga :)
Insyaallah kebaikan dunia dan akhirat.








begitulah muka muka mereka yang seramai anggotanya 17 orang. oh maaf ya sebab tak ikut jawatan. bagi carta organisasi akan saya update kemudian hari.

HARAPAN : diharapkan sebarang masalah bolehlah berhubung dengan mereka, dan menggunakan butiran di atas dengan sewajarnya, janganlah pula ada yang menyalah gunakan maklumat tersebut.Kami sentiasa membuka ruang kepada anda untuk memberi cadangan dan penambahbaikkan. Diharapkan anda sentiasa menyokong dan bergiat aktif dalam aktiviti dianjurkan. Marilah kita saling bekerjasama. Semoga dipermudahkan. Aminn.

oh info tambahan, anda boleh JUMPA kami di facebook juga :)
NAMA FB: Seroja Uitm

Pembuka bicara bunga Seroja

assalamualaikum warahmatullah,
selamat pagi kepada semua, moga diberkati olehNYa .

dengan rasminya pada tarikh ini masa ini,maka blog ini adalah tuan milik Kolej Seroja Uitm Malaysia. yang terletak di ShahAlam berdekatan di Seksyen 2 dan 7 :)

Saya sebagai tuan tanah akan menjadi tukang update bagi Kolej Seroja. Pelbagai aktiviti menarik akan dipaparkan samaada yang telah berlangsung atau bakal berlangsung. saya wakil Jawatankuasa Perwakilan kolej 2011/2012/2013 akan memberi informasi terkini kepada semua tentang kolej indah kami:

dan biarlah gambar berbicara sendiri :





kita sambung berbicara kemudian masa. salam perkenalan :)
oh  tidak lupa, sedikit informasi mengenai Kolej kami!

Kolej Kediaman Seroja
Universiti teknologi MARA
40450 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

TEL: (+603) 55443553/3563/3550
FAKS: (+603) 55443552

wassalam.